Thursday, September 6, 2012

~Romantik~

Setiap orang mempunyai pengertian romantik yang tersendiri. Ada yang suka candle light dinner. Ada yang suka  tengok wayang. Ade yang suka berjalan-jalan, berpegangan tangan.

Tapi pada saya, saya sangat suka, suka, suka, suka kepada situasi camni...


Seorang lelaki, bermain gitar untuk saya, duduk kat tepi pantai, dengan keadaan rembang2 petang.. 

(Lebih kurang beginila suasana die)

Peh... buat saya sangat, sangat, sangat, sangat cair.... woooo....

Dengan angin yang sepoi2 bahasa, kaki dipenuhi pasir... dengan bunyi deruan ombak kat pantai... Mak aihhh... syoknye!!!!

Tuesday, September 4, 2012

"HahaHahaHahaHaha"

Saya terpanggil untuk membaca kembali semua post2 lama dalam blog ni..

Ada sesetengahnya membuatkan saya terasa macam - apela sebenarnya yang saya nk cuba sampaikan ni? macam tak sampai je maksudnya.. hahahhahah... rase lawak la der... Ni yang rase macam nak tengok balik cerita astro yang banyak kali tayang "lawak ker der" tu... hahahah.... adus..

Friday, August 31, 2012

Berat badan naik semasa mengandung?

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 – 3 kg
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 k
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Setiap kehamilan keperluan unik dan jumlah kalori boleh berubah-ubah berdasarkan jumlah bayi yang dibawa semasa pra-kehamilan BMI (indeks jisim tubuh) dan keadaan kesihatan yang lain-lain yang berkaitan.Untuk seluruh kehamilan, guideline standard untuk kenaikan berat badan untuk wanita yang hamil dan membawa 1 bayi adalah:

* BMI kurang dari 18.5: Saranan Kenaikan Berat Badan: 28 hingga 40 pound (12.7kg hingga 18.2kg)
* BMI 18.5-24.9: Saranan Kenaikan Berat Badan: 25 hingga 35 pound (11.4kg hingga 15.9kg)
* BMI 25-29.9: Saranan Kenaikan Berat Badan: 15 hingga 25 pound (6.8kg hingga 11.4kg)
* BMI 30 atau lebih: Saranan Kenaikan Berat Badan: 11 hingga 20 pounds (5kg hingga 9.1kg)

Ini ada sedikit info mengenai mengapa berat badan naik secara mendadak semasa mengandung... saya ambil info ni di sini dan sini..

Ok, mari kita kira. Mengikut faktor menyumbang penambahan berat bdn, (ambik yg paling max), jumlahnya adalah sebanyak 13.75 kilo (glupppp...). Tapi, okla kot. Sebab, mengikut bmi, saya disarankan naik 6.8kg hingga 15.9kg.. almaklum, sebelum pregnen, bdn dh sedia beso.

Tapi, mengikut buku pink, dan timbangan kat klinik kerajaan bandar baru bangi (lokasi-seksyen 3), berat mununjukkan peningkatan 2 kilo sajork! Huh... tak tahula ok ke tak. Tapi, klau ikut nurse mase cek-up tu, dia kate ok je...ok kot....

Pemeriksaan kali pertama - 11 minggu pregnen (mula2 bukak buku pink) berat 68 kilo.

Kali kedua - 16 minggu berat 68 kg (tak naik) - mungkin mase ni mabuk2

Kali ketiga - 20 minggu berat 67kg (hambik ko, makin turun adela) - time puasa ni

Kali keempat - 24 minggu berat 70 (nahhhh, rasekan naik 3 kilo, merah terus tulisan nurse tu. Chaitttt). Almaklum, raya, skang ni, semua makanan boleh sumbat dah... aduihh

Jadinya total peningkatan 2 kilo... hahahaha. Bila bercerita kat opis, semua tada percaya.

Sehubungan ngan itu, kita tgk cek-up akan dtg... jangan le naik sampai 5/6 kilo... mampuih kene marah ngan nurse.